Khamis, 8 Oktober 2009

konsep blog saya


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah setelah pelbagai cabaran ditempuhi, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Zul kepada kami sebagai tugasan individu. Dalam tugasan yang diberi beliau, beliau mengkehendaki setiap pelajarnya mencipta blog dan perlu “post” artikel berkaitan sepuluh isu seperti yang terdapat di dalam blog saya kini.

Blog saya ini berkonsepkan penyampaikan dakwah. Melalui blog ini, saya mengilhamkan idea-idea berkenaan isu-isu Islam. Melaluinya saya mencoretkan serba sedikit ilmu yang dimiliki, di samping untuk dijadikan sebagai renungan, peringatan, pengajaran dan juga panduan buat diri saya dan juga para pembaca sekalian. Jika dahulu saya hanya mengetahui dakwah boleh disampaikan melalui lisan, penulisan dan nasyid. Namun kini, saya menyedari bahawa dakwah boleh disampaikan menggunakan teknologi masa kini. Contohnya melalui blog seperti yang sedang saya lakukan. Ia merupakan medium yang mudah dan lebih dekat kepada para pembaca. Oleh itu, perlunya umat Islam mahir dalam bidang teknologi terkini agar dapat memanfaatkannya dan seterusnya dakwah Islamiyyah dapat dilaksanakan.

Blog saya diberi nama “mutiara hati”. Saya memilih nama ini kerana setiap sesuatu kejayaan, kita perlu memulakannya dengan hati yang ikhlas, saya belajar sedikit demi sedikit cara-cara untuk mengendalikan blog. Alhamdulillah walaupun tidak begitu mahir, namun asas-asasnya telah saya kuasai.

Saya amat berterima kasih kepada Dr. Zulkifli yang telah memberi dorongan untuk mempelajari mengendalikan blog. Buat teman-teman yang banyak membantu dan tidak lupa juga kepada “ sifu” saya yang merupakan seorang pelajar dalam bidang IT. Kepada beliau saya merujuk segala masalah berkaitan pengendalian blog ini. Insyaallah, selepas ini saya akan mengaplikasikan teknologi ini sebagai salah satu medium dakwah kepada para pembaca blog di luar sana

Rabu, 26 Ogos 2009

ISU POLITIK ISLAM

Persoalan sekarang adalah apakah benar telahan awal Barat serta sekutunya bahawa Islam dan politik Islam adalah tidak sesuai dengan proses demokrasi? Malahan tuduhan bahawa politik Islam yang seringkali digembar-gemburkan sebagai anti-demokrasi kembali menjadi persoalan pokok. Ruang bernafas yang diberikan kepada gerakan Islam di kebanyakan dunia Islam untuk turut terlibat dalam proses demokrasi sejak awal tahun 1980’an kini kembali dinafikan seperti mana yang sedang berlaku di Mesir, Algeria, Tunisia, Turki dan Jordan.

Contoh kedudukan beberapa gerakan Islam dalam proses percaturan politik di dunia Islam, jelas menunjukkan bahawa dikebanyakan negara-negara umat Islam tidak wujud sebarang bentuk perjalanan demokrasi dalam ertikata yang boleh diterima oleh Barat ataupun pertubuhan hak asasi manusia. Tetapi kebanyakan kerajaan ini terus menerus ‘dipertahankan’ oleh Barat kerana kepentingan geografi yang strategik bagi menjamin masa depan Israel serta ekonomi minyak dan gas yang menjadi sumber terpenting bagi perkembangan industri dunia.

Pada hakikatnya penglibatan politik Islam dalam proses demokrasi adalah lebih merupakan satu proses berorientasikan ‘safety valves’ di mana selagi politik Islam dilihat sebagai tidak menjadi ancaman kepada golongan ‘establishment’ yang berkuasa maka selagi itulah mereka akan dibenarkan turut terlibat dalam proses demokrasi. Garis pemisah telah ditetapkan kepada politik Islam di dalam kerangka demokrasi itu sendiri.

Apa yang berlaku di Turki dan Algeria adalah contoh terbaik di mana penglibatan politik Islam dalam proses demokrasi telah dianggap sebagai ‘ancaman’ kerana telah dianggap melampaui garis pemisah yang telah ditentukan oleh golongan establishment. Apabila dirasakan kepentingan mereka tergugat maka dengan mudah dilemparkan tuduhan bahawa jika politik Islam dibenarkan terlibat dalam proses demokrasi mereka sendiri akan menghancurkan demokrasi itu.

Banyak contoh-contoh yang membuktikan bahawa politik Islam sanggup bergerak di bawah bidang kuasa dan undang-undang yang ada, tetapi mereka telah dinafikan segala hak yang ada di dalam sistem demokrasi itu sendiri seperti yang berlaku di Tunisia, Moroko, Algeria dan baru-baru ini di Turki. Negara-negara seperti Yaman, Pakistan dan Malaysia di mana politik Islam dibenarkan bergerak di dalam proses demokrasi dan pilihanraya, mereka telah dapat membuktikan suatu sikap dan tanggungjawab yang amat tinggi serta menghormati prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri.
Walaubagaimanapun, di tempat-tempat di mana politik Islam hampir-hampir dapat mengambil alih kuasa politik melalui proses pilihanraya, prinsip demokrasi pula telah dicabuli oleh golongan elit yang berkuasa. Ini menampakkan seolah-olah ada perancangan rapi supaya politik Islam hilang kepercayaan mereka terhadap sistem demokrasi dan mengambil sikap konfrantasi dan keras terhadap pemerintah. Nampaknya bagi politik Islam, apabila ianya mendapat sokongan yang ramai ianya akan menjadi satu dosa yang perlu dikenakan hukuman yang berat oleh golongan sekular dan Barat. Inilah yang telah berlaku di Algeria, Mesir dan Turki.

ISU PENGHAYATAN ISLAM

KEMERDEKAAN; RAHMAT DAN REZEKI DARI ALLAH

Tatkala mengimbau kembali catatan di lembaran sejarah, betapa perit dan deritanya pejuang-pejuang bangsa sama ada di zaman Tok Janggut, Ibahim Limbong dan Dol Said (sekadar menyebut beberapa nama) dalam keinginan untuk membebaskan bangsa dan tanah kita dari dijajah orang asing. Hinggalah ke saat-saat akhir detik kemerdekaan dicapai, betapa sang cerdik pandai bekerjasama memerah otak dan tenaga untuk mendapatkan kemerdekaan yang bermakna. Generasi masa itu melihat, mendengar, merasa dan berjuang dengan jiwa raga mereka. Apakah sama dengan pemikiran dan perasaan generasi anak merdeka tentang kemerdekaan yang telah sedia ada?

kemerdekaan negara adalah rahmatdan rezeki dari allah.50 tahun adalah usia yang cukup mematangkan anak-anak merdeka menimba ilmu, mencari harta, membina masyarakat dan membangunkan negara. Tidak sia-sia usaha pemimpin dan rakyat jelata dahulu berganding bahu berusaha mencari jalan bagaimana untuk membebaskan Tanah Melayu ini dari genggaman orang luar setelah sekian lama mereka bertukar tangan di bawah penjajahan. Dari bentuk-bentuk agresif hinggalah ke bentuk perundingan berhemah. Proses yang bersungguh-sungguh itu membuahkan hasil dan dengan izin Allah SWT kemerdekaan itu milik kita, lebih dahulu dari negara lain yang turut sama dijajah oleh bangsa Eropah yang lain. Maka rasa kesyukuran dan kehambaan perlulah kita panjatkan kepada-Nya. Kerana Dialah yang berkuasa di atas segala-galanya.

Kita menyebut dan membincangkan perkara-perkara yang menakutkan dan menggerunkan ini supaya kita berfikir secara realistik dan tidak berangan-angan terlalu jauh sampai kita tidak mahu mendengar atau menyebut kemungkinan yang buruk. Sedangkan perkara-perkara yang kita anggap kecil atau terpencil mungkin menjadi barah yang akhirnya apabila kita sedar ianya sudah kronik dan tidak dapat dirawat lagi. Dan mungkin perkara-perkara itulah yang menyebabkan kita kehilangan harga dan nilai sebuah kemerdekaan. Kalau kita tidak mahu memikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan cukuplah kita mengambil iktibar dengan masa yang lalu, menganalisa sebab-musabab keruntuhan tamadun, kehancuran empayar dan kejatuhan kerajaan-kerajaan masa lampau. Apa yang kita perhatikan kejatuhan, keruntuhan dan kebinasaan disebabkan oleh beberapa perkara dan kebiasaannya disebabkan oleh perebutan kuasa sesama sendiri, mereka yang menjadi gunting dalam lipatan, anak bangsa yang sudah lupa dengan jati diri dan nilai tatasusila agama serta budaya murni dan sebagainya walaupun negara dalam kemewahan dan kegemilangan. Maka kita takut sejarah seperti itu berulang kembali, ’takut Melaka jatuh ke tangan Portugis sekali lagi’, ’takut Tanah Segenting Kera diserahkan kepada Siam buat kali keduanya’ dan ’takut negeri-negeri Selat diberi kepada British ke sekian kalinya’. Walaupun orang menyatakan hidup ibarat roda sekali di atas sekali di bawah, yang bernyawa pasti mati, tetapi janganlah kita menjadi roda yang terlalu cepat haus permukaannya atau menjadi kulit yang berkedut sebelum tua usianya.

Kesimpulannya, apa yang kita bicarakan di sini adalah untuk kita menyedari bahawa kemerdekaan itu adalah anugerah, rezeki, rahmat dan nikmat dari Allah. Yang wajib kita syukuri, sekaligus berusaha menghargai dan menilai sejarah lalu menjadikannya tauladan dan sempadan agar kemerdekaan itu mampu dikekalkan selama mungkin sama ada secara hakikat atau rohnya, fizikal atau spritualnya, tanahnya atau jatidiri bangsanya.

Selasa, 11 Ogos 2009

PENUNTUT ISLAM DI IPT

“Belia adalah tonggak negara”. Itulah yang sering diperkatakan oleh orang ramai dan ianya menjadi sinonim dalam masyarakat di negara kita. Anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dapat menjejakkan kaki ke menara gading adalah menjadi impian setiap ibu bapa. Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan yang penting ingin melihat anak-anaknya berjaya serta mampu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara walaupun terpaksa bekorban apa sahaja.
Adalah menjadi suatu yang sangat gembira kepada ibu dan bapa apabila anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Jika kita lihat kebiasaannya, anak-anak yang ingin pergi dan tinggal berjauhan daripada ibu bapa, mereka akan diberi nasihat yang pelbagai. Nasihat pertama yang sering kita dengar iaitu "jangan tinggalkan solat", jangan lupa baca quran dan sebagainya.Bagi sesetengah mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke bandar, mereka seolah-olah mendapat kejutan budaya dan bermula dari sinilah mereka akan berubah sedikit demi sedikit disamping mereka mendapat pengaruh daripada rakan-rakannya. Kebiasaannya mereka akan mula mencuba sesuatu yang mereka tidak pernah cuba sebelum ini. Lebih malang lagi, apabila pegangan mereka yang selama ini mereka pelajari dan pegang telah hilang sedikit demi sedikit. Maka tidak hairanlah, jika wujud segolongan pelajar Islam yang menuntut di institusi pengajian tinggi mempunyai fahaman agama yang terpesong jauh daripada ajaran agama Islam yang sebenar.

Terdapat dikalangan pelajar Islam di institusi pengajian tinggi yang mengamalkan ajaran sesat walaupun sebelum ini pelajar tersebut ada pengetahuan agama Islam yang sempurna. Jika diselidiki, perkara ini terjadi, berpunca daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran mereka. Sungguh sedih jika melihat mereka ini, hari demi hari, mereka semakin sesat dan golongan yang ingin memperbetulkannya pula tiada dan jika sekali pun ada mereka tidak berani atas dasar takut mereka juga terjebak dengan ajaran sesat itu.
Apa yang sepatutnya dilalukan ialah kerajaan mewujudkan satu badan sukarelawan yang akan sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengamalkan ajaran sesat disamping mendapat bantuan dan kerjasama daripada pihak institusi pengajian tinggi tersebut dan pelajar-pelajar yang lain. Pelajar-pelajar yang mengamalkan ajaran sesat ini perlu diperbetulkan akidahnya disamping memberikan bimbingan dan cuba menyelami keadaan mereka ini.Perkara ini perlulah diambil perhatian yang sewajarnya kerana pelajar-pelajar Islam di institusi pengajian tinggi inilah yang nantinya akan menjadi pemimpin yang akan memimpin bukan sahaja negara malahan juga memimpin masyarakat yang berada di dalamnya suatu hari nanti.

ILMU-ILMU ISLAM

Kini, semakin ramai ibubapa yang mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan di sekolah-sekolah aliran agama. Para ibubapa telah mempunyai kesedaran bahawa betapa pentingnya anak-anak dididik dengan ilmu agama sejak dari awal usia. Bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Sekolah agama peringkat rendah mengajar tentang asas-asas fardhu ain seperti berwudhuk, bacaan-bacaan dalam solat, pembinaan akhlak mulia dan banyak lagi. Di peringkat menengah pula pengajaran dalam bidang agama lebih mendalam daripada sekolah menengah kebangsaan. Jika di sekolah menengah kebangsaan, hanya menyediakan subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab komunikasi. Berbeza dengan sekolah menengah agama yang menyediakan subjek Syariah, Usulluddin dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Tauhid, Mantiq dan banyak lagi. Dengan ini, anak-anak akan lebih memahami dan mendalami akan ilmu-ilmu Islam.Selain mempelajari ilmu-ilmu agama secara formal, ilmu-ilmu agama ini juga boleh diperolehi dripada institusi yang bukan fomal. Contohnya seperti mengikuti pengajian di masjid dan berguru dengan orang-orang alim. Ia merupakan satu usaha yang amat baik dalam mendalami ilmu-ilmu agama kerana tidak semua orang mempunyai keinginan untuk mendalaminya.

Kini, banyak institusi swasta yang muncul untuk menampung permintaan dalam bidang agama. Sebagai umat Islam, kita mempunyai pilihan samada untuk lebih mendalami bidang ilmu-ilmu Islam atau sekadar hanya memerhatikannya dari jauh dan membiarkan non-muslim mendalami ilmu-ilmu Islam untuk menyerang umat Islam semula.

Seharusnya umat Islam lebih peka dengan musuh-musuh Islam yang cuba menghacurkan Islam secara halus. Oleh itu, umat Islam perlu mendalami ilmu-ilmu Islam sebagai satu benteng agar umat Islam tidak mudah kalah apabila musuh-musuh Islam menyerang Islam. Menuntut ilmu adalah dikira sebagai satu jihad ke jalan Allah s.w.t. Pada masa kini, teknologi maklumat merupakan satu senjata yang boleh membawa kebaikan dan juga keburukan dalam masa yang sama. Siapa yang menguasai teknologi maka ia akan berjaya menguasai pihak lain. Bidang teknologi maklumat juga boleh diaplikasikan dalam bentuk Islam apabila ia dikendalikan menurut perspektif Islam. Melaluinya Islam boleh disebarkan ke seluruh dunia tanpa sebarang had dan sempadan. Oleh itu, perlunya umat Islam menguasai bidang teknologi maklumat untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah dan mempertahankan Islam daripada diceroboh pihak musuh.Kesimpulannya, umat Islam perlu menguasai pelbagai cabang ilmu, samada ilmu agama ataupun bukan. Ini kerana, dengan ilmulah sesuatu masyarakat itu maju, dipandang tinggi dan tidak mudah diceroboh seterusnya melahirkan masyarakat Islam yang unggul.

UNDANG-UNDANG ISLAM

Allah s.w.t tidak mengabaikan sesuatu apa pun yang baik melainkan menghalalkannya, begitu juga perkara yang buruk dan keji., Allah mengharamkannya. Oleh itu, sudah sewajarnya bagi orang islam mengikut garis ketentuan tersebut, iaitu melakukan apa yang dihalalkan dan meninggalkan perkara yang diharamkan.tetapi reality yang berlaku di kalangan umat islam di Negara kita khasnya dan di dunia islam amnya, amat dikesalkan, kerana pada waktu akhir-akhir ini didapati sebahagian umat islam yang telah terpesong daripada ajaran islam, lalu menceroboh melakukan pelenggaran terhadap perintah allah, perkara yang halal ditinggalkan dan yang haram dikerjakan .akibat percabulan yang dilakukan itu, allah telah menurunkan berbagai-bagai jenis penyakit yang sangat brbahaya seperti ancaman dadah, penyakit aids dan lain-lain.

Dalam konteks menagani masalah dadh ini, antara penyelesaian segera ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Dalam kes kesalahan arak, semua yang terlibat secara langsung atau tidak adalah sama-sama bertanggungjawab dan boleh dihukum menurut syariat islam. Dalam kesalahan minum arak dihukum sebat dihadapan khalayak ramai sebanyak 40 kali sebat. Hokum ini dijalankan semasa hayat rasulullah dan pada zaman khalifah abu baker. Tetapi pada zaman khalifah umar ibn khattab, kesalahan minum arak dihukum sebat sebanyak 80 kali. Ini diambil kita hukum ta’zir memandangkan semakin ramai orang yang terlibat dalam kesalahan arak. Dalam system perundangan islam, pemerintah berhak menggunakan ta’zir atas apa jua kesalahan yang membawa kepada hukuman yang lebih berat dan menambah bilangan sebat. Kadar ta’zir ini bergantung atas budi bicara pemerintah.

PEMBINAAN KELUARGA ISLAM

Memiliki keluarga yang bahagia dan berjaya merupakan impian setiap insan. Bagi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya, ia perlu ditunjangi oleh semangat keislaman yang kuat. Redha Allah s.w.t. adalah yang utama yang perlu dicari. daKebahagiaan dan kejayaan akan datang apabila keluarga tersebut diredhai oleh Allah. Melalui pembinaan kelurga islam, secara tidak langsung dakwah islamiyyah dapat ditegakkan. Islam telah meletakkan tanggungjawab yang besar kepada setiap ahli keluarga samada sebagai seorang bapa, ibu atau anak-anak. Sebagai seorang bapa dan ibu, tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan, pengetahuan, dakwah dan bimbingan kepada ahli keluarganya. Pembinaan keluarga seperti inilah yang akan menyelamatkan dan menjaga setiap individu dalam keluarga dari kejahatan, porak peranda dan kemusnahan.

Jika dikaitkan dengan kehidupan masa kini, seharusnya pembinaan keluarga Islam dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan sempurna. Ini kerana, pelbagai teknologi yang dapat membantu dalam pembinaan keluarga Islam. Mengambil contoh teknologi maklumat. Melaluinya, ibu bapa boleh mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan pembinaan keluarga cemerlang, dunia dan akhirat dengan mudah dan melalui pendekatan yang terkini.Namun apa yang menyedihkan, kemajuan yang dicapai kini menjadikan sesetengah ibu bapa mengabaikan asas pembinaan keluarga Islam. Mereka hanya sibuk mengejar kemajuan dunia tanpa menyedari betapa pentingnya untuk mebina keluarga dan anak-anak yang patuh pada ajaran agama. Akibatnya, institusi kekeluargaan runtuh dan anak-anak menjadi individu yang bermasalah. Anak-anak kekurangan perhatian dan kasih sayang dan sentiasa mahu memberontak sebagai tanda protes mereka. Akibatnya, individu muslim yang berkualiti semakin berkurangan di dalam masyarakat.
Oleh itu, penting bagi ibu bapa menerapkan nilai-nilai keislaman dalam membina sesebuah keluarga. Ia tidak lain hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. dan seterusnya melahirkan individu muslim yang berkualiti untuk masyarakat dan agama.

NEGARA ISLAM

Islam adalah sebuah agama yang mementigkan keadamaian dan kerukunan hidup atau harmoni. Hakikat risalah islam itu sebagai suatu agama pembawa rahmah bukan sahaja untuk pemeluk-pemeluknya, tetapi untuk semua warga bumi. Hakikat tersebut di perkukuhkan lagi dengan adanya perjanjian madinah, sebuah dokumen sejarah yang bersifat universal. Bagaimanapun masyarakat majmuk di Malaysia pada masa ini sifatnya adalah lebih rumit. Jesteru itulah kita memerlukan lebih banyak lagi formula yang konkrit untuk menjamin islam beperanan danmeluas sehingga masyarakat bukan islam dapat menyisihkan sikap prejudis terhadap agama islam.

Hakikat untuk menbina bangsa Malaysia yang bersatu tidak seharusnya meleburkan identity keagamaan. Pembinaan unsur patriotisme Malaysia menjadi sebahagian daripada asasnya yang penting dan tidak bercanggah dengan islam. Bahkan islam mengharuskan nasionalisme sederhana bagi sesuatu kaum sebagai alat untuk mencapai sebuah idealisme yang lebih besar dan abadi, yakni merealisasikan arahan allah.

EKONOMI ISLAM

Hal ini bukan sahaja berlawanan dengan ajaran Islam, malah menjejaskan iman seseorang Muslim. Pusat-pusat membeli-belah dan syarikat-syarikat korporat kini mula menggunakan sambutan Aidil Fitri untuk mengiklankan produk dan khidmat mereka.

Terbaru, di akhbar tempatan terdapat syarikat yang menjual perabot dan barangan elektrik mula mengiklankan produk mereka dengan kata-kata “Syawal Mega Sale!” dan “Jualan Syawal Mega!”, sedangkan kita masih berada di bulan Rejab dan dua bulan lagi iaitu Syaaban dan Ramadhan untuk dilalui sebelum menyambut Aidil Fitri.

Kami yakin apabila tiba pula Ramadhan nanti, akan bertambahlah lagi pusat-pusat membeli-belah yang akan mempromosikan jualan dengan pelbagai slogan untuk menarik umat Islam dan pengguna membeli- belah seperti yang berlaku pada 2005 apabila terdapat iklan “Buka Puasa Contest”.

Seperti tahun-tahun lepas, kami mendapati pusat-pusat beli-belah sering dipenuhi dengan pembeli-pembeli pada setiap malam, sedangkan mereka sepatutnya memenuhi masjid dan surau untuk menunaikan solat tarawih.

Mereka yang berpendapatan rendah sering turut terpengaruh oleh iklan-iklan agresif sehingga memerangkap mereka untuk membeli barangan mahal yang sebenarnya tidak perlu dan membazir yang akhirnya terheret dalam hutang yang membebankan.

Akibatnya, sumber dan pendapatan mereka yang sangat terbatas - lebih-lebih lagi dalam keadaan harga minyak yang mahal serta harga barangan yang semakin meningkat ini - menyebakan ia disalurkan dan terhakis kepada penggunaan yang membazir dan tidak berguna.

Media cetak dan elektronik nampaknya turut menyumbang kepada berkembangnya dalam kalangan masyarakat budaya hedonisme dan materialisme di dalam bulan suci Ramadhan dan Syawal melalui iklan agresif yang licik untuk mempengaruhi minda, selera dan nafsu pelanggan termasuk acara hiburan yang melanggar syarak.

Ramadhan dan Aidil Fitri menjadi kesempatan untuk merangsang pengguna kepada tabiat penggunaan yang berlebihan.

Filem, drama, dan program sukan di TV disiarkan pada setiap malam melekakan masyarakat daripada pergi ke masjid dan surau.

Golongan lelaki, wanita, belia dan kanak-kanak turut didedahkan kepada keganasan, jenayah, dan tingkah laku tidak berakhlak melalui pelbagai siaran di saluran TV pada waktu maghrib, isyak dan seluruh malam sedangkan mereka sepatutnya menggunakan waktu itu untuk memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.

Namun, sebaliknya umat Islam kini didorong untuk berbelanja dan menggunakan secara berlebihan dan membazir sedangkan sumber ekonomi masyarakat Islam amat terbatas. Hal ini berleluasa setiap kali tiba bulan Ramadhan dan sambutan Aidil Fitri.

PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang pendidikan Islam, adalah lebih wajar kita memahami hakikat dan sifat din ini. Islam adalah ciptaan Allah SWT dan diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya melalui Rasulullah SAW. Islam diturunkan dengan lengkap dan sempurna untuk memimpin manusia melaksanakan ubudiyah sepenuhnya kepada Allah SWT. Din ini telah direalisasikan serta dihayati dengan sempurna oleh Rasulullah SAW bersama-sama generasi yang pertama di dalam kehidupan individu mahupun kehidupan bermasyarakat. Pendidikan keimanan bermaksud memperkenalkan kepada anak-anak dengan unsur-unsur keimanan, membiasakan dirinya dengan rukun Islam serta mendidiknya dengan prinsip-prinsip syariat yang mulia sejak usia tamyiz (berakal) lagi. Yang dimaksudkan dengan unsur-unsur keimanan ialah semua perkara yang berkaitan dengan hakikat keimanan serta perkara-perkara yang ghaib seperti beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab-Nya, Rasul dan dengan rukun iman yang lain.

Oleh demikian, sejak peringkat awal lagi pendidikan anak-anak perlu dimulakan dengan pembinaan dan pengukuhan iman. Usaha ini dapat dilakukan dengan mendekatkan anak-anak dengan alam yang terbentang luas, umpama kitab yang terbuka, untuk mem-perkenalkan anak-anak kepada penciptanya. Pendekatan ini bukanlah pendekatan yang baru kerana sekiranya kita membuka dan mengkaji al-Quran, terutama surah-surah Makkiyah, kita akan dapati Allah SWT telah memperkenalkan diri-Nya dengan menga- lihkan pandangan manusia daripada memandang kehidupan ini dengan akal dan hati yang kosong kepada memandang alam sekeliling dengan kekaguman sehingga membuahkan penyerahan dan pengabdian kepada Allah Rabbul 'Alamin. Hari ini kita bukan saja dapat mendedahkan anak-anak kepada alam persekitaran mereka, bahkan dengan bantuan alat-alat audio-visual yang canggih kita dapat mempamerkan kehebatan kuasa Allah sebagai pencipta, pentadbir dan penguasa alam ini kepada mereka

AKIDAH ISLAM

Sebagai umat Islam kita berpegang kepada akidah Islamiyyah. Akidah adalah satu bentuk keyakinan kepada Allah s.w.t. sebagai satu kuasa yang Maha Agung yang tiada tandingannya. Akidah akan tetap utuh dalam diri selagimana seseorang muslim itu tidak mempersekutukanNya, mengakui kewujudan dan kekuasaanNya serta tidak mempersoalkan tentang kekuasaannya.Namun, pada masa kini kita melihat semakin ramai umat Islam yang rosak akidahnya. Akibat pengaruh-pengaruh barat yang membawa ideologi memusnahkan Islam secara halus. Selain itu juga, kurangnya ilmu pengetahuan tentang agama yang memudahkan ajaran-ajaran sesat masuk ke dalam jiwa-jiwa mereka. Pelbagai ideologi dari barat yang merosakkan akidah umat Islam. Gejala Black Metal misalnya secara terang-terangan telah merosakkan akidah para pengikutnya yang beragama Islam seperti melakukan aktiviti pemujaan dan membakar al-Quran. Kebanyakkan pengikutnya adalah remaja, iaitu golongan yang bakal memimpin agama dan negara pada masa akan datang.Selain itu, banyak juga ajaran-ajaran sesat yang terdapat di Malaysia seperti Ajaran Ayahpin dan Ajaran Kahar. Ajaran-ajaran seperti ini telah merosakkan akidah pengikutnya kerana mereka terlalu mengagungkan ketua mereka disamping ajaran-ajaran dan kefahaman yang dibawa ternyata amat jauh menyimpang daripada landsan Islam yang sebenar. Mengambil contoh ajaran Kahar. Pengasas ajaran ini iaitu Kahar sendiri mendakwa dirinya adalah nabi yang diutus Allah bagi mewakili kaum Melayu. Beliau juga mendakwa mendapat wahyu dari Allah untuk membimbing kaum Melayu. Ajaran ini jelas sama sekali telah merosakkan akidah dirinya dan para pengikutnya kerana selain Nabi Muhammad s.a.w., tidak ada lagi nabi yang diutuskan Allah selepas baginda.

Kemunculan golongan-golongan yang membawa ideologi Islam liberal juga tanpa disedari boleh merosakkan akidah umat Islam. Islam liberal bermaksud Islam yang ditafsirkan mengikut akal dan perasaan, bukan berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Pengikut Islam liberal ini seolah-olah mahu mengetepikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Antara NGO yang kuat memperjuangkannya ialah Sisters in Islam. Mereka memperjuangkan hak kebebasan wanita dalam semua segi walaupun dari sudut Islam wanita itu mempunyai kebebasan yang tertentu sahaja.Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu berpegang teguh kepada akidah Islamiyyah. Jika mahu menyertai sebarang ajaran, pastikan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama agar kita dapat membuat pertimbangan yang betul sekaligus tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam. Selagi kita bergelar seorang muslim, kita wajiblah berpegang teguh dan mengamalkan rukun Islam dan rukun iman sebagai asas pengangan seorang muslim.