Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah setelah pelbagai cabaran ditempuhi, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Zul kepada kami sebagai tugasan individu. Dalam tugasan yang diberi beliau, beliau mengkehendaki setiap pelajarnya mencipta blog dan perlu “post” artikel berkaitan sepuluh isu seperti yang terdapat di dalam blog saya kini.
Blog saya ini berkonsepkan penyampaikan dakwah. Melalui blog ini, saya mengilhamkan idea-idea berkenaan isu-isu Islam. Melaluinya saya mencoretkan serba sedikit ilmu yang dimiliki, di samping untuk dijadikan sebagai renungan, peringatan, pengajaran dan juga panduan buat diri saya dan juga para pembaca sekalian. Jika dahulu saya hanya mengetahui dakwah boleh disampaikan melalui lisan, penulisan dan nasyid. Namun kini, saya menyedari bahawa dakwah boleh disampaikan menggunakan teknologi masa kini. Contohnya melalui blog seperti yang sedang saya lakukan. Ia merupakan medium yang mudah dan lebih dekat kepada para pembaca. Oleh itu, perlunya umat Islam mahir dalam bidang teknologi terkini agar dapat memanfaatkannya dan seterusnya dakwah Islamiyyah dapat dilaksanakan.
Blog saya diberi nama “mutiara hati”. Saya memilih nama ini kerana setiap sesuatu kejayaan, kita perlu memulakannya dengan hati yang ikhlas, saya belajar sedikit demi sedikit cara-cara untuk mengendalikan blog. Alhamdulillah walaupun tidak begitu mahir, namun asas-asasnya telah saya kuasai.