Selasa, 11 Ogos 2009

PEMBINAAN KELUARGA ISLAM

Memiliki keluarga yang bahagia dan berjaya merupakan impian setiap insan. Bagi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya, ia perlu ditunjangi oleh semangat keislaman yang kuat. Redha Allah s.w.t. adalah yang utama yang perlu dicari. daKebahagiaan dan kejayaan akan datang apabila keluarga tersebut diredhai oleh Allah. Melalui pembinaan kelurga islam, secara tidak langsung dakwah islamiyyah dapat ditegakkan. Islam telah meletakkan tanggungjawab yang besar kepada setiap ahli keluarga samada sebagai seorang bapa, ibu atau anak-anak. Sebagai seorang bapa dan ibu, tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan, pengetahuan, dakwah dan bimbingan kepada ahli keluarganya. Pembinaan keluarga seperti inilah yang akan menyelamatkan dan menjaga setiap individu dalam keluarga dari kejahatan, porak peranda dan kemusnahan.

Jika dikaitkan dengan kehidupan masa kini, seharusnya pembinaan keluarga Islam dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan sempurna. Ini kerana, pelbagai teknologi yang dapat membantu dalam pembinaan keluarga Islam. Mengambil contoh teknologi maklumat. Melaluinya, ibu bapa boleh mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan pembinaan keluarga cemerlang, dunia dan akhirat dengan mudah dan melalui pendekatan yang terkini.Namun apa yang menyedihkan, kemajuan yang dicapai kini menjadikan sesetengah ibu bapa mengabaikan asas pembinaan keluarga Islam. Mereka hanya sibuk mengejar kemajuan dunia tanpa menyedari betapa pentingnya untuk mebina keluarga dan anak-anak yang patuh pada ajaran agama. Akibatnya, institusi kekeluargaan runtuh dan anak-anak menjadi individu yang bermasalah. Anak-anak kekurangan perhatian dan kasih sayang dan sentiasa mahu memberontak sebagai tanda protes mereka. Akibatnya, individu muslim yang berkualiti semakin berkurangan di dalam masyarakat.
Oleh itu, penting bagi ibu bapa menerapkan nilai-nilai keislaman dalam membina sesebuah keluarga. Ia tidak lain hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. dan seterusnya melahirkan individu muslim yang berkualiti untuk masyarakat dan agama.

2 ulasan:

  1. salam..
    keluarga adalah segala2nya bagi kita..jadi sayangilah keluarga...

    BalasPadam
  2. salam...keluarga bahagia impian setiap manusia..untuk mencapainya memerlukan pengorbanan yg besar...
    "Sebaik2 kamu adalh kamu yg terbaik kpd keluarganya n akulah yg terbaik utk keluargaku"(al-Hadis)..
    Itulah harga sebuah rumahtangga,tmpat manusia dbentuk n dididk..ws

    BalasPadam