Selasa, 11 Ogos 2009

PENUNTUT ISLAM DI IPT

“Belia adalah tonggak negara”. Itulah yang sering diperkatakan oleh orang ramai dan ianya menjadi sinonim dalam masyarakat di negara kita. Anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dapat menjejakkan kaki ke menara gading adalah menjadi impian setiap ibu bapa. Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan yang penting ingin melihat anak-anaknya berjaya serta mampu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara walaupun terpaksa bekorban apa sahaja.
Adalah menjadi suatu yang sangat gembira kepada ibu dan bapa apabila anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Jika kita lihat kebiasaannya, anak-anak yang ingin pergi dan tinggal berjauhan daripada ibu bapa, mereka akan diberi nasihat yang pelbagai. Nasihat pertama yang sering kita dengar iaitu "jangan tinggalkan solat", jangan lupa baca quran dan sebagainya.Bagi sesetengah mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke bandar, mereka seolah-olah mendapat kejutan budaya dan bermula dari sinilah mereka akan berubah sedikit demi sedikit disamping mereka mendapat pengaruh daripada rakan-rakannya. Kebiasaannya mereka akan mula mencuba sesuatu yang mereka tidak pernah cuba sebelum ini. Lebih malang lagi, apabila pegangan mereka yang selama ini mereka pelajari dan pegang telah hilang sedikit demi sedikit. Maka tidak hairanlah, jika wujud segolongan pelajar Islam yang menuntut di institusi pengajian tinggi mempunyai fahaman agama yang terpesong jauh daripada ajaran agama Islam yang sebenar.

Terdapat dikalangan pelajar Islam di institusi pengajian tinggi yang mengamalkan ajaran sesat walaupun sebelum ini pelajar tersebut ada pengetahuan agama Islam yang sempurna. Jika diselidiki, perkara ini terjadi, berpunca daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran mereka. Sungguh sedih jika melihat mereka ini, hari demi hari, mereka semakin sesat dan golongan yang ingin memperbetulkannya pula tiada dan jika sekali pun ada mereka tidak berani atas dasar takut mereka juga terjebak dengan ajaran sesat itu.
Apa yang sepatutnya dilalukan ialah kerajaan mewujudkan satu badan sukarelawan yang akan sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengamalkan ajaran sesat disamping mendapat bantuan dan kerjasama daripada pihak institusi pengajian tinggi tersebut dan pelajar-pelajar yang lain. Pelajar-pelajar yang mengamalkan ajaran sesat ini perlu diperbetulkan akidahnya disamping memberikan bimbingan dan cuba menyelami keadaan mereka ini.Perkara ini perlulah diambil perhatian yang sewajarnya kerana pelajar-pelajar Islam di institusi pengajian tinggi inilah yang nantinya akan menjadi pemimpin yang akan memimpin bukan sahaja negara malahan juga memimpin masyarakat yang berada di dalamnya suatu hari nanti.

1 ulasan:

  1. slm...Mahasiswa tonggak Negara..mrk merupkan role model kpd msyarakt..Wahai mahasiswa!! anda menjadi perhatian masyaraka,,,jgn jatuhkan martabat Mahasiswa yg menjadi harapan generasi akan dtg..Utamakan akal seblm bertindak..Jgn Ikut nafsu yg boleh membinasakan kita!!fikir2kanlah.

    BalasPadam