Selasa, 11 Ogos 2009

AKIDAH ISLAM

Sebagai umat Islam kita berpegang kepada akidah Islamiyyah. Akidah adalah satu bentuk keyakinan kepada Allah s.w.t. sebagai satu kuasa yang Maha Agung yang tiada tandingannya. Akidah akan tetap utuh dalam diri selagimana seseorang muslim itu tidak mempersekutukanNya, mengakui kewujudan dan kekuasaanNya serta tidak mempersoalkan tentang kekuasaannya.Namun, pada masa kini kita melihat semakin ramai umat Islam yang rosak akidahnya. Akibat pengaruh-pengaruh barat yang membawa ideologi memusnahkan Islam secara halus. Selain itu juga, kurangnya ilmu pengetahuan tentang agama yang memudahkan ajaran-ajaran sesat masuk ke dalam jiwa-jiwa mereka. Pelbagai ideologi dari barat yang merosakkan akidah umat Islam. Gejala Black Metal misalnya secara terang-terangan telah merosakkan akidah para pengikutnya yang beragama Islam seperti melakukan aktiviti pemujaan dan membakar al-Quran. Kebanyakkan pengikutnya adalah remaja, iaitu golongan yang bakal memimpin agama dan negara pada masa akan datang.Selain itu, banyak juga ajaran-ajaran sesat yang terdapat di Malaysia seperti Ajaran Ayahpin dan Ajaran Kahar. Ajaran-ajaran seperti ini telah merosakkan akidah pengikutnya kerana mereka terlalu mengagungkan ketua mereka disamping ajaran-ajaran dan kefahaman yang dibawa ternyata amat jauh menyimpang daripada landsan Islam yang sebenar. Mengambil contoh ajaran Kahar. Pengasas ajaran ini iaitu Kahar sendiri mendakwa dirinya adalah nabi yang diutus Allah bagi mewakili kaum Melayu. Beliau juga mendakwa mendapat wahyu dari Allah untuk membimbing kaum Melayu. Ajaran ini jelas sama sekali telah merosakkan akidah dirinya dan para pengikutnya kerana selain Nabi Muhammad s.a.w., tidak ada lagi nabi yang diutuskan Allah selepas baginda.

Kemunculan golongan-golongan yang membawa ideologi Islam liberal juga tanpa disedari boleh merosakkan akidah umat Islam. Islam liberal bermaksud Islam yang ditafsirkan mengikut akal dan perasaan, bukan berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Pengikut Islam liberal ini seolah-olah mahu mengetepikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Antara NGO yang kuat memperjuangkannya ialah Sisters in Islam. Mereka memperjuangkan hak kebebasan wanita dalam semua segi walaupun dari sudut Islam wanita itu mempunyai kebebasan yang tertentu sahaja.Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu berpegang teguh kepada akidah Islamiyyah. Jika mahu menyertai sebarang ajaran, pastikan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama agar kita dapat membuat pertimbangan yang betul sekaligus tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam. Selagi kita bergelar seorang muslim, kita wajiblah berpegang teguh dan mengamalkan rukun Islam dan rukun iman sebagai asas pengangan seorang muslim.

1 ulasan:

  1. akidah merupakan suatu yg cukup penting buat kehidupan umat islam.jika terpesong akidah maka rosaklah akhlak..

    BalasPadam